Jawatan kosong kerajaan terkini di Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) Ogos 2016 | Jawatan kosong terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) sebagai :
1. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19 - 250 KEKOSONGAN
2. PEMERIKSA KERETA MOTOR AB19 - 24 KEKOSONGAN
Tarikh tutup permohonan 14 Ogos 2016
Lokasi : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
LATAR BELAKANG
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah ditubuhkan pada tahun
1937, di bawah Enakmen Lalulintas 1937. Undang-undang tentera British di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pentadbirannya pada ketika itu dikenali sebagai
Lembaga Pengangkutan Jalan yang berfungsi mengawal dan melesenkan perusahaan
awam. Dengan wujudnya pentadbiran Tanah Melayu pada April 1946, kuasa lembaga
tersebut telah diambil alih oleh Pejabat Pendaftar dan Pemeriksaan
Kereta-kereta Motor yang merangkumi seluruh Tanah Melayu.
Pada 1 April 1946, Jabatan Pengangkutan Jalan telah
ditubuhkan yang bertujuan menyelaras segala aspek berkaitan pengangkutan bagi
seluruh negeri. Sehubungan dengan penubuhan jabatan ini, pelbagai akta
berkaitan Pengangkutan Jalan telah digubal seperti Ordinan Lalulintas Jalan
tahun 1958 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ini bertujuan bagi menyeragamkan
undang-undang pengangkutan negara di samping menjadi landasan kepada JPJ
melaksanakan tanggungjawabnya. Ekoran wujudnya kemajuan dalam sistem
pengangkutan negara yang ketara pada tahun 1980, JPJ kian terbeban dengan
pelbagai tanggungjawab dalam meningkat mutu perkhidmatannya. Selaras dengan
itu, penyusunan semula struktur dalaman jabatan telah dilakukan bagi
meningkatkan kecekapan agar bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan
semasa. Akibat wujudnya kepelbagaian fungsi dalam setiap bahagian yang terdapat
dalam jabatan ini, maka pelbagai inovasi telah diwujudkan bagi meningkatkan
mutu kecekapan dalam perkhidmatan. Era 90 an menunjukkan kemajuan paling
memberangsangkan kerana wujudnya tuntutan yang mengalakkan terhadap sistem
pengangkutan.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia merupakan salah satu
dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan
kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk
memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat. Selain itu, ia
juga merupakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi,
menguruskan pungutan hasil serta menguatkuasakan akta pengangkutan secara telus
dan berkesan.
---------------------
[klik skip ad untuk memuat turun]
----------------------------

Post a Comment