Jawatan kosong kerajaan di Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Universiti
Malaysia Pahang (UMP) sebagai :
1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PEREKA B41
3. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
Tarikh tutup permohonan 19 Ogos 2016
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan
mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, www.ump.edu.my. Calon diwajibkan
mencetak Surat Pengesahan Permohonan Atas Talian (Selepas tamat mengisi butiran
permohonan melalui laman web UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara atas
talian adalah tidak akan dilayan. Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru
kiri muka hadapan sampul surat. Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan
sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada
:
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)
CATATAN AM
(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan
dipanggil untuk temu duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6
bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan
yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan
layak.
(d) Segala urusan panggilan ke sesi temuduga secara rasmi
adalah melalui email. Pastikan email yang didaftarkan adalah aktif.

Post a Comment