Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Alor
Gajah (MPAG) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara
Malaysia (Keutamaan DIberikan kepada Anak negeri Melaka) yang berkelayakan
untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sebagai :
1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
4. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
5. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
6. PEMBANTU PENILAIAN W19
Tarikh tutup permohonan 15 Ogos 2016
Lokasi : Melaka
Sektor : Kerajaan - 
CARA-CARA MEMOHON :
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara PERCUMA
di Kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan
sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini
berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
3. Ijazah/Diploma/Sijil yang digunakan dalam permohonan ini
perlu mendapat pengiktirafan kelayakan di Kementerian Pendidikan Tinggi melalui
laman web https://www.app.mohe.gov.my/iktiraf/ dan melampirkannya bersama
borang permohonan.
4. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap
dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan
pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi
disertakan bersama.
5. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah
ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim
atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO’ DOL SAID
78000 ALOR GAJAH, MELAKA
CATATAN AM :
1. Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan
didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam
(6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
3. Pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah berhak memilih
mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah
muktamad.
4. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai
kemahiran dan berpengalaman dengan jawatan yang dipohon.
5. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung
segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.
Iklan jawatan dan syarat-syarat kelayakan disini [klik skip ads]
Borang permohonan jawatan disini [klik skip ads]
Post a Comment